Co-Enzyme Q10

Kandungan Co-Enzyme Q10 (CoQ10) dalam Produk Agneta

 

Apa itu Coenzyme Q10 (CoQ10) dan Fungsinya ?

co Enzyme Q10

Anda mungkin tidak familiar atau biasa mendengar Coenzyme Q10. Begitu juga saya. Saya pertama kali mendengarnya setelah melihat label kandungan satu produk kesehatan. Namun setelah membaca serta meneliti blog-blog serta bahan bacaan di internet, saya mulai memahami apa itu CoQ10 serta kegunaannya. Disini saya ingin bagikan bersama anda. Namun ianya hanya mengikut pemahaman peribadi saja jadi ianya hanya secara global sajadan tidak terperinci.

Jadi apa itu Coenzyme Q10 (CoQ10)?

Coenzyme itu sendiri ialah zat makanan larut lemak yang hadir secara semula jadi didalam badan kita. Jadi ianya bukan sejenis vitamin, mineral ataupun hormon. Ianya banyak terdapat didalam organ dalaman seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Didalam badan kita Coenzyme ini berguna untuk merangsang enzyme untuk menjalankan fungsi dengan betul. CoQ10 menghasilkan tenaga sendiri yang diperolehi dari zat makanan yang kita ambil. Sebab itulah ianya banyak terdapat di dalam organ penting dalam tubuh badan kita dan kalau kita lihat secara tidak langsung organ-organ tersebut bergantung kepada tenaga yang dihasilkan oleh CoQ10 tadi. Jadi Sekiranya tubuh badan seseorang kekurangan CoQ10 ini maka kawasan atau organ tersebut akan semakin lemah dan kurang efektif.

Sedikit Sejarah penemuan CoQ10

Coenzyme Q10 dijumpai dari hati lembu oleh Dr. Frederick Crane dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1957. Pada tahun tersebut juga, Professor Morton dari England juga menjumpai benda yang sama daripada hati tikus dan memberikannya nama ubiquinone.

Pada tahun 1958, Professor Karl Folkers dari Merck, Inc., telah mengenal pasti struktur kimia bahan ini dan menjadi orang pertama yang mengeluarkannya secara sintetik.

Pada tahun 1960, Saintis Jepun, Professor Yamamura adalah orang pertama yang menggunakan coenzyme Q7 (kumpulan yang sama dengan Q10) untuk merawat penyakit congestive heart failure (CHF).

Pada pertengah an tahun 1970, orang Jepun telah memulakan pengeluaran bahan ini dalam kuantitas yang besar untuk tujuan kajian klinikal.

Saintis Peter Mitchell telah menerima Hadiah Nobel kerana pembabitannya dalam kajian yang berkaitan dengan bahan ini.

Fungsi CoQ10 dalam tubuh kita

Fungsi utama CoQ10 didalam tubuh badan ialah untuk membantu menghasilkan tenaga dari zat-zat makanan yang kita makan. Ianya berlaku kerana sifat coenzyme itu sendiri yang menghasilkan tenaga. Anda boleh membayangkan sekiranya kekurangan CoQ10, maka organ-organ akan menjadi lemah dan secara tidak langsung tubuh badan juga akan lemah yang seterusnya mengakibatkan anda mudah diserang penyakit. Selain itu juga ada beberapa lagi kegunaan CoQ10 iaitu:

  1. Sebagai anti-oksidant yang sangat baik. Sebab itu banyak syarikat perusahaan banyak mengeluarkan produk kosmetik berasaskan CoQ10.
  2. Membantu dalam mengawal dan merawat sakit jantung. Coenzyme Q10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Banyak kajian telah dijalankan menggunakan bahan ini dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung, terutamanya congestive heart failure (CHF) dan didapati Coenzyme Q10 sangat berguna untuk pesakit-pesakit ini. Kajian menunjukkan CHF bergantung rapat dengan kadar Coenzyme Q10 dalam darah dan tisu yang rendah. Dalam kata lain, sekiranya kandungan Coenzyme Q10 rendah, kemungkinan untuk mendapat CHF adalah lebih tinggi.
  3. Coenzyme Q10 boleh menghalang proses yang menyebabkan  atherosclerosis (saluran darah tersumbat kerana kolesterol)
  4. membantu dalam masalah berkaitan allergik (alahan), asma, masalah pernafasan
  5. membantu dalam masalah berkaitan otak seperti Alzheimer’s disease
  6. cardiomyopathy
  7. masalah dystolic dysfunction
  8. tekanan darah tinggi
  9. penyakit berkaitan dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis
  10. menguatkan sistem imuniti (melawan penyakit)
  11. amyotrophic lateral sclerosis
  12. AIDS
  13. angina
  14. kanser
  15. psoriasis
  16. mengawal kencing manis
  17. kemandulan lelaki (menambah bilangan sperm)
  18. muscular dystrophy
  19. masalah kegemukan atau obessity
  20. menambah tenaga
  21. memudahkan pembuangan kulat Candida albicans (sering menyebabkan masalah keputihan di kalangan wanita)

Sumber-sumber CoQ10

Enzim Iainya boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Namun ianya juga bergantung kepada factor usia dan pemakanan yang diambil. Pada usia 30 tahun,kandungan CoQ10 didalam tubuh akan berkurangan. Jadi tidak hairanlah sekiranya risiko untuk mendapat penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya amat tinggi untuk golongan usia 30 tahun keatas. Ianya berlaku kepada semua orang. Namun begitu anda boleh mendapat sumber CoQ10 dari makanan yang diambil seperti daging, ikan dan minyak sayuran tetapi kandungannya sangat sedikit. Namun dalam dunia yang moden ini kini terdapat banyak produk-produk yang mengandungi bahan CoQ10 dikeluarkan dan ianya sedikit sebanyak membantu kebanyakan orang lebih-lebih lagi pesakit jantung.



Comments are Closed